Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 13 Disember 2013

ISU SYIAH : SELAGI TIDAK JELAS JANGAN MEMUDAH MENDAKWA ..

 

Ada yang menuduh ulama/ustaz/agamawan dalam jama'ah sendiri terlibat dalam menuduh abg Mat Sabu sebagai Syiah di dalam kempen pemilihan pada muktamar yang lalu walau mereka tidak menyebutkan nama beliau atau sebarang ciri khas yang ada pada beliau . TEORI SPEKULATIF bukanlah suatu pembuktian ! JIKA ADA SESIAPA YANG NYATAKAN SECARA JELAS MAT SABU ADALAH SYIAH, NYATAKAN SIAPA MEREKA BERSERTA DENGAN PEMBUKTIAN SUPAYA DI AMBIL TINDAKAN.

Kesannya bila dimainkan SECARA SEMBORONO sebegini , maka secara tak langsung institusi ulamak telah diserang dan menjadi lemah di kalangan masyarakat . Dakwah menjadi sukar kerana dianggap ulama adalah manusia yang penuh kepura-puraan (bersifat nifaq). SUKA ?? DAN MAHUKAH SI PENDAKWA PULA DIAMBIL TINDAKAN KERANA MENGAITKAN INSTITUSI ULAMA SECARA TIDAK LANGSUNG ; TANPA DIPEDULIKAN NIAT YANG HANYA NAK SERANG SEGELINTIR BUKAN INSTITUSI ? Pasti tiada yang mahu dicop sebagai anti ulama walau sikap menjurus kepada hal sedemikian ..

Apa yang terkandung dalam hati manusia itu adalah milik Allah semata-mata, dan Dia-lah yang akan menghisabnya di hari kemudian.

Al Hafiz Ibn Hajar al Asqallani rhm menyebutkan :
نحن قوم نحكم بالظاهر والله يتولى السرائر
Kami adalah suatu kaum yang berhukum kepada hal-hal yang zahir, kepada Allah diserahkan (segala hukuman) melibatkan hal-hal batin (yang melibatkan hati).

Bahkan berdasarkan amalan politik Rasulullah SAW, baginda tidak pernah mengambil tindakan terhadap kaum munafiq walau baginda tahu siapa mereka selama mana mereka menampakkan keIslaman dan menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim. Banyak sekali kesan buruknya jika hanya menghukum kerana apa yang baginda SAW tahu tetapi tidak berupaya mendatangkan bukti yang zahir jelas terlebih dahulu.

Justeru , sesiapa yang mempelajari dan mengkaji sedalamnya fiqh sirah yang berkaitan dengan siyasah Rasulullah SAW dalam hal berhadapan dengan musuh dalam selimut pasti akan lebih memahami hal ini berbanding 'TM . Maaf atas ketegasan 'TM. Cukuplah serang UMNO BN yang memfitnah secara jelas dalam isu Mat Sabu bukan menyerang sesama sendiri yang dikait secara tak jelas.

Semoga Allah beri petunjuk kepada mereka yang jahil dan memberi balasan setimpal kepada yang berniat jahat. Wallaahu a'lam

MEMBINA PERSEPSI : TAK KIRA LAH KUMPULAN APAPUN DI DUNIA INI ..

Persepsi adalah penting bagi sesebuah kumpulan. Maka setiap pemimpin dan ahlinya perlu menjaga persepsi orang ramai terhadap kumpulan mereka . Apabila persepsi dibina secara sihat maka sihatlah pandangan orang ramai terhadap kumpulan dan jika persepsi yang dibina itu tidak sihat , maka sakitlah mata yang memandang dan sakitlah seluruh penghuni yang berada dalam kumpulan serta penyokong di luar .

Justeru , mana-mana pemimpin dan individu yang membina persepsi yang bercanggahan dengan perjalanan kumpulan dari segi dasar dan usahanya secara tidak langsung akan menjadi LIABILITI kepada kumpulan, maka hal sebegini jangan dibiarkan. Andai dibiarkan maka seluruhnya akan terpalit dengan penyakit wabak ini ..

Kona sikit kepada perihal parti ..

DASAR PAS adalah ISlam yang mana paksi serta tujuan tertingginya adalah kalimah Tauhid yang mana seluruh ajaran Tauhid adalah sumbernya daripada adalah al Quran , as Sunnah , ijma' dan qias yang difahami menurut fahaman ASWJ .

Perjuangan PAS yang tertinggi pastinya menegakkan kalimatullaah sbg al'ulya (yang tertinggi) berdasarkan kaedah ASWJ . Maka pelbagai usaha dilakukan untuk memahamkan mengenai ASWJ . Penyatuan ummat manusia tidak akan berlaku dengan baik selagi mana aqidah mereka berbeza.

Justeru jangan ada yang mengkaburkan usaha ini dengan pelbagai perkara yang mengelirukan orang ramai terhadap perjuangan ini ..

Wallaahu a'lam

Oleh kerana 'TM menulis hal ini di status fb terdahulu . Maka 'TM perturunkan 2 komen pembaca berkenaannya. Semoga ianya menjadi manfaat :

Ummi Salina Setiap pengikut yg dibawahnya haruslah menjaga akhlak dan tutur kata kerana sedikit sebanyak kesannya akan terpalit kepada jemaah itu seluruhnya..komen2 biar membina dan cantik budinya walaupun ada kalanya kita perlu bertegas dalam mengeluarkan pandangan dan hujah...kadang2 saya merasa sedih bila membaca komen2 yg berbaur cacian dan makian dan bila diselidik ia adalah dr jemaah yg kepimpinannya amat saya sanjung tinggi..jangan kerana beberapa titik nila rosak susu sebelanga..Sesungguhnya Rasul diutus untuk meyempurnakan akhlak yang mulia..
Zul Ismail Kekadang hati kecil saya menjadi sayu apabila ada yang mengatakan: Belajarlah Islam dari sumbernya dan bukan belajar Islam dari penganut nya. Kenapa pula penganut tidak dapat dijadikan Inspirasi tentang kebenaran Islam?

Analogi yang sama dapat dipanj
angkan kepada penyokong semua kelopok organisasi yang berteraskan Islam. Kenapa ramai dari mereka tidak dapat memberikan contoh akhlak Islam?

Persepsi orang luar dari kelompok akan rosak akibat dari pencemaran setitik nila yang jatuh dalam sebelanga susu....


  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...