Tuan Ibrahim Tuan Man |
Padang Rengas:
"Cukuplah zaman kita menjadi penyokong PAS, sudah tiba masanya kita
menjadi pekerja dan pembantu kepada PAS". itulah antara pesanan Ust Tuan
Ibrahim Tuan Man ketika berucap di Majlis Kembara Ilmu Bersama Ketua Penerangan PAS Pusat di Kg Biong, Sauk, Padang Rengas baru-baru ini.
Beliau
juga mengingatkan kepada ahli-ahli supaya jangan menjadi batu
penghalang kepada kemenangan Islam, "Sekiranya kita tidak berpuas hati
dengan sesuatu tindakan parti, maka ada salurannya, jangan kita
menggunakan media musuh sebagai medan kita meluahkan ketidakpuasan".
tegas beliau lagi.
Dalam
ucapannya juga beliau menyarankan kepada pimpinan agar menggunakan
segala ruang yang ada disekeliling bagi memenangkan Islam.
"Orang
muda dengan cara orang mudanya, orang tua dengan cara orang tuanya,
bahkan sekiranya seseorang itu hanya boleh makan sahaja pun perlu
digunakan untuk memenangkan Islam". seloroh beliau.
Program Jelajah Kembara Ilmu bersama
beliau dimulakan dengan Kuliah Dhuha di Balai Tasawur Islam, Simpang
Empat, Semanggol. kemudian Hitea di Kg Biong, sauk. Kuliah Maghrib di Kg
luat Lenggong dan Ceramah Umum bersama Ketua Pemuda PAS Perak di Pekan
Karai, Kuala Kangsar.
Menjamu Selera di Balai Tasawur Islam Simpang Empat, Semanggol |
Walaupun hujan, orang ramai tekun mendengar ucapan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man Sumber: teratakkampungku.blogspot.com |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan