Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 29 November 2012

PANAS! Pemuda Umno Mengaku Jangan Mimpi Mahu Rampas Pulau Pinang!


Adehh...

Hakikat pahit tapi mesti ditelan Umno berdasarkan pengakuan seorang perwakilan yang mendedahkan kepincangan pemimpinnya sendiri!

Umno dan Barisan Nasional (BN) boleh melupakan hasrat untuk merampas Pulau Pinang dalam pilihanraya umum ke 13.
Alasannya pemimpin Umno di peringkat bahagian mementingkan diri serta tidak menemui rakyat di tempat masing-masing.

Perwakilan Pemuda dari Bukit Mertajam, Ramlan Ahmad memberitahu, “beberapa bahagian sangat teruk.”
“Ketua bahagian Umno Pulau Pinang teruk-teruk belaka…orang yang lawan akan diblack list (senarai hitam).
“Cawangan pula akan dikeluarkan dari senarai Umno bahagian.
“Tempat saya tujuh lapan cawangan telah dikeluarkan.
“Mereka nak jadi ketua saja kerana nak buat rumah atas bukit.
“Tetapi tak mahu jumpa rakyat, macam mana Umno nak menang,” kata Ramlan lagi.
`Terpinggir dan terhapus’
Bagaimanapun, beliau enggan fotonya diambil kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pemimpin Umno di bahagiannya.
Rakannya yang mahu dikenali sebagai Mahmud dari Bukit Gelugor menambah, Pakatan Rakyat akan menang lagi di Pulau Pinang dalam pilihanraya akan datang.
Pemimpin Umno bercakap sahaja tetapi tidak buat kerja untuk rakyat, dakwa Mahmud.
Beliau mengaku takut jika DAP terus berkuasa di Pulau Pinang kerana orang akan semakin terhapus.
“Sekarangpun dalam tempoh empat tahun Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, kami sudah terpinggir.
“Kalau tambah empat tahun lagi kami semua akan terhapus,” ujar Mahmud.
Dalam pilihanraya umum lalu, Pakatan Rakyat menyapu bersih 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diketuai DAP dan KEADILAN manakala Umno keseorangan menjadi pembangkang dengan 11 kerusi setelah kesemua calon BN lain dari MCA, MIC dan Gerakan tumbang satu-persatu hingga tidak ada seorang pun wakil BN selain Umno dalam dewan undangan negeri.
Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi parlimen di seluruh negeri itu termasuk di bahagian pulau dan tanah besar.
Sekali lagi DAP mendahului dengan tujuh kerusi parlimen diikuti KEADILAN dengan empat manakala Umno cuma tinggal dua masing-masing di parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor di bahagian tanah besar.

Sumber : muslimeen unitedl

Rabu, 28 November 2012

Wakil UMNO 'Mengamuk' Bila Isu 'Sapu' Tanah Didedahkan



Wakil BN (Kuang) seperti hilang kawalan apabila Adun Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan bagaimana Umno selangor telah menjual beberapa keping tanah kepada MCA, MIC, dan Gerakan ketika berkuasa di Selangor sebelum ini.

Isnin, 12 November 2012

Jangan Jadi Batu Penghalang Kepada Kemenangan Islam - Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Tuan Ibrahim Tuan Man
Padang Rengas: "Cukuplah zaman kita menjadi penyokong PAS, sudah tiba masanya kita menjadi pekerja dan pembantu kepada PAS". itulah antara pesanan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap di Majlis Kembara Ilmu Bersama Ketua Penerangan PAS Pusat di Kg Biong, Sauk, Padang Rengas baru-baru ini.

Untuk mencapai matlamat tersebut beliau menggesa kepada semua ahli agar bersiap dan memperkemaskan jentera dan organisasi disemua peringkat. Ini bagi memastikan misi untuk menawan Putrajaya akan berhasil. 

Beliau juga mengingatkan kepada ahli-ahli supaya jangan menjadi batu penghalang kepada kemenangan Islam, "Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan sesuatu tindakan parti, maka ada salurannya, jangan kita menggunakan media musuh sebagai medan kita meluahkan ketidakpuasan". tegas beliau lagi.

Dalam ucapannya juga beliau menyarankan kepada pimpinan agar menggunakan segala ruang yang ada disekeliling bagi memenangkan Islam. 

"Orang muda dengan cara orang mudanya, orang tua dengan cara orang tuanya, bahkan sekiranya seseorang itu hanya boleh makan sahaja pun perlu digunakan untuk memenangkan Islam". seloroh beliau.

Program Jelajah Kembara Ilmu bersama beliau dimulakan dengan Kuliah Dhuha di Balai Tasawur Islam, Simpang Empat, Semanggol. kemudian Hitea di Kg Biong, sauk. Kuliah Maghrib di Kg luat Lenggong dan Ceramah Umum bersama Ketua Pemuda PAS Perak di Pekan Karai, Kuala Kangsar.


Menjamu Selera di Balai Tasawur Islam Simpang Empat, Semanggol
Walaupun hujan, orang ramai tekun mendengar ucapan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Sumber: teratakkampungku.blogspot.com

DEMO PALING BODOH DI DUNIA !

Penyokong Umno dan macai-macai yang sewaktu dengannya adalah bangsa yang paling BODOH tak terhingga... Tak caya? Nah, ini ha gambar sebagai buktinya!

Diorang buat demo jalanan untuk membantah demo dijalanan...
Diorang main politik jalanan untuk membantah apa yang depa katakan sebagai politik jalanan...
Diorang memang jenis cuci tong najis dengan masuk sendiri kedalam tong najis...
Hadoiiihh...

Yang boss kat atas sana, gelak guling-guling...

Nah amek kaw...


Kahkahkah...sumber : Muslimeen United
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...