Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 27 Ogos 2012

Menjawab isu : Nik Aziz terima bantuan Syaitan ?



Imam al-Bukhari meriwayatkan secara ta’liq dalam sahihnya kisah berikut :

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu berkata, 'Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak anak.' Maka aku pun melepaskannya.

Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.'


Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.' Saya sedar bahwa orang itu akan kembali karena Rasulullah saw. mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah saw.' Dia berkata, 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, saya tidak akan kembali.' Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi.

Keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?'Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.'Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.'

Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali, namun nyatanya kembali lagi.' Dia berkata, 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah.'

Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi. 'Maka Allah akan  melindungmu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.'Maka akupun membebaskannya. Keesokan hari, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' 

Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajar kepadaku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya.' Beliau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya menjawab, 'Dia berkata kepadaku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi.' Dia berkata kepadaku, 'Allah akan senantiasa melindungimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.

'Maka Nabi saw. bersabda, 'Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak. Nabi bersabda, 'Dia adalah syaitan.'"

Pengajaran :

Apa yang dikatakan oleh Syaitan dalam kisah di atas adalah cara untuk mengalahkan Syaitan. Jadi, tiada bezanya jika dikiaskan Tok Guru jikalau ada syaitan yang nak bantu, yer lah kan kalahkan 'syaitan BN atau Iblis UMNO'..

Renung dengan hati yang celik bahawa lafaz itu digunakan penuh simbolik betapa darurat dan mudarat pemerintahan UMNO/BN sudah sampai ke kemuncaknya, maslahah ummat kena jaga dan mafsadatnya kena singkir segera .. Apa saja yang luar biasa akan berlaku hihihi .. buka minda luaskan pemikiran .. InsyaAllaah jawaban akan ditemui

1 ulasan:

bb berkata...

cerita takda kaitan langsung... lain yang diceritakan lain yang diambil pengajaran. Bila masa syaitan bantu abu hurairah???? BILA SYAITAN BANTU ABU HURAIRAH??? BILAAA???

Syaitan terpaksa bagitau kalimah suci tu sebab dah terperangkap nak lepaskan diri. Klu nak bagitau kat mana harta tersembunyi, abu hurairah bukan gelap matanya. Kalau nak bagi ubat kuat untuk melepaskan dirinya, abu hurairah bukanlah badang. Dia orang yang alim yang dengan kealimannya, dengan izin Allah, syaitan tak dapat lari jadi lemah. Dan yang boleh melembutkan hati abu hurairah penghafaz hadith yang alim dan pintar ini, ialah diajarnya mengenai keistimewaan kalam Allah.

Syaitan juga pintar, itu sahaja caranya nak melepaskan diri. Dan kita jangan ambil bantuan syaitan. Kalau tok guru ucapkan ni, pastu 1 saat kemudian Allah takdirkan dia nazak dan koma....ni jadi perkataan terakhir dia. Fikirlah sendiri

Ustaz2 pilihlah perkataan baik2. Kesannya orang akan justify jugak perkataan tu sebagai boleh guna, hanya semata2 tok guru pernah guna. Kalau mahathir yang guna perkataan ni, mesti puak pakatan dah buat kain rentang, tayang video 3000 kali. Sedangkan tun m cakap peribahasa pun dah di twist ke sana ke mari

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...