Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Jumaat, 28 September 2012

Prof Dr Nazari Ismail - Bajet 2012: Syariah diketepikan?

('UM : Ini Hanya Suatu Perbandingan ... )

Dalam sejarah awal Islam, isu belanjawan negara bukan isu yang penting. Bahkan agak sukar untuk mencari kisah dalam sejarah Nabi sallallahu alaihi wasallam yang mana umat Islam menunggu dengan penuh antisipasi ucapan Rasul sallallahu alaihi wasallam berkenaan perancangan kewangan negara Islam pertama Madinah. Salah satu faktor utama kenapa keadaan tersebut tidak pernah berlaku ialah kerana kerajaan Islam dahulu berbentuk 'small government'.

Dalam bentuk tersebut, kerajaan tidak campur tangan secara aktif dalam aspek kewangan awam (public finance) berbanding sekarang. Sebagai contoh, perkhidmatan pendidikan dan kesihatan tidak dibekalkan oleh kerajaan tetapi oleh institusi waqaf atau oleh individu persendirian. Oleh sebab itu kerajaan pada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan dengan itu juga tidak perlu mengutip cukai daripada rakyat. Negara Islam hanya mewajibkan rakyat membayar zakat kepada golongan yang layak menerima zakat.
Tambahan pula, disebabkan rakyat sangat gemarkan pahala, rakyat sering mengifaqkan harta mereka kepada kerajaan dan semasa pemerintahan Khalifah Umar, harta negara di Baitulmal melebihi perbelanjaan.

Tetapi sekarang di Malaysia keadaan adalah sangat berbeza. Bukan sahaja acara pembentangan bajet adalah acara yang penting, harta kerajaan tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan. Kedua-dua aspek ini akan saya huraikan dengan lebih terperinci.

Pembentangan bajet adalah antara acara-acara tahunan yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan masyarakat. Ia disebabkan semua pihak menyedari kemungkinan kehidupan mereka akan terkesan dengan hebat akibat daripada keputusan-keputusan yang terkandung dalam belanjawan yang bakal dibentangkan. Kerajaan sekarang sudah menjadi 'Big Government'. Kalau dahulu perbelanjaan kerajaan Islam tersangat kecil dan tidak memberi kesan kepada rakyat jelata, sekarang ia berjumlah berbilion ringgit dan memang telah memberi impak kepada banyak pihak.

Bajet 2012 yang telah dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini berjumlah RM232.8 bilion. Disebabkan KNK negara pada tahun 2011 dianggarkan berjumlah RM827.7 billion pada tahun 2011, maka perbelanjaan kerajaan dianggarkan 28.1% peratus dari KNK negara pada tahun ini, satu jumlah yang sangat besar.

Hampir kesemua golongan rakyat Malaysia tersenyum mendengar ucapan beliau. Hal ini tidak menghairankan kerana pelbagai bantuan diberikan kepada berbagai-bagai kumpulan, dari peruntukan membaik pulih rumah nelayan berjumlah RM300 juta kepada peruntukan berjumlah berbilion ringgit untuk membekalkan perkhidmatan jalan raya dan air bersih kepada penduduk luar bandar, daripada peruntukan pembinaan hospital kanak-kanak dan wanita berjumlah RM700 juta kepada pengecualian caj hospital kerajaan kepada warga emas berumur 60 ke atas.
Tetapi sepatutnya bagi seseorang yang menghayati Islam sepenuhnya, semua penilaian berkenaan apa-apa sekalipun mestilah berdasarkan kaca mata Islam atau Syariah. Oleh itu persoalan yang mesti didalami oleh kita semua ialah adakah Bajet 2012 baik atau buruk dari pandangan Syariah?

Malangnya jawapannya ialah tidak dan ia tidak susah untuk diterangkan. Bajet ini ialah bajet yang memerlukan kerajaan berbelanja lebih daripada pendapatan yang diperoleh pada kadar 4.7 peratus dari KNK. Ia bermakna kerajaan akan terpaksa berhutang sebanyak RM45.9 billion. Sementara itu hutang kerjaan terkumpul setakat ini adalah RM437 billion dan menurut Laporan Bank Negara yang terkini, jumlah hutang negara diramalkan meningkat sebanyak 11.9 peratus kepada RM455.75 billion pada akhir tahun 2011.

Dalam erti kata yang lain, Bajet 2012 ini akan membuat keadaan kewangan kerajaan lebih tenat kerana beban hutang kerajaan yang semakin meningkat.
Peratus hutang awam terkumpul berbanding KNK (atau public debt as % of GDP) Malaysia sekarang tidak berganjak pada 52.2% walaupun jumlah KNK diramalkan meningkat pada kadar 4.4%. Ini bermakna pertambahan ekonomi negara tidak membantu dalam usaha mengurangkan beban hutang kerajaan.

Jelaslah bahawa jika kerajaan tidak melakukan sesuatu terhadap masalah ini dengan segera, Malaysia tidak mustahil akan berhadapan dengan masalah ekonomi yang rumit dalam masa terdekat, seperti yang sedang dialami oleh negara-negara di Eropah seperti Greece, Sepanyol, Ireland dan Itali.

Di samping itu, apa yang sangat-sangat menyedihkan kita ialah hampir kesemua hutang kerajaan melibatkan amalan riba dan oleh itu ia adalah HARAM dari kaca mata Islam. Adakah pemimpin dan rakyat negara kita langsung tidak peka dengan implikasi apabila beramal dengan amalan yang dibenci oleh Allah? Adakah kita semua sudah lupa dengan firman Allah di dalam surah al-A’raf, ayat 96 yang bermaksud :

“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri it, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

Oleh yang demikian, amatlah penting bagi kita semua menyeru kerajaan supaya mengambil langkah segera dari sekarang untuk memastikan bahawa segala perbelanjaan yang dirancang adalah dari sumber yang tidak memerlukan kerajaan berhutang.

Kita juga perlu menyeru kepada parti pembangkang supaya bertindak dengan cara yang bertanggungjawab, supaya tekanan dan kritikan yang diberikan bukan bermatlamatkan kepentingan politik kepartian jangka pendek sahaja, tetapi hendaklah memfokuskan kepada isu `Maqasid Syariah’ serta `Kepatuhan Syariah’. Dengan cara ini tekanan dan kritikan yang diberikan tidak akan memaksa kerajaan untuk menambahkan hutangnya untuk mendapat keuntungan politik dan sokongan rakyat tetapi sebaliknya akan membawa kerajaan balik kepada landasan Syariah.

Akhir sekali, kita semua mesti giat berdoa kepada Allah semoga diberi hidayah oleh-Nya terhadap semua pemimpin kita. Mudah-mudahan Allah akan memelihara masyarakat dan negara kita yang tercinta ini supaya kita semua dapat hidup dalam keadaan aman, bahagia dan sejahtera.

'UM : BUDGET 2013 INI PUN MASIH SAMA KAN ? BERULANG PERKARA YANG SAMA PADA BUDGET-BUDGET LEPAS, MEMANG KONSISTEN GULA-GULA GILA UMNO BN DENGAN BUDGET CARA MEREKA SEPANJANG ZAMAN... TIADA PERUBAHAN ISLAMIK ! 

Isnin, 3 September 2012

VIDEO : Wahai geng PERKASAm Yang Mencemar Masjid


Wahai PERKASAm ..

Oleh kerana Berehing eli tak reti nak pesan bab hukum hakam ni , maka apa salahnya kalian berkongsi ilmu dari presiden PAS kami yang menulis sebagaimana di bawah ..

Menghalang Fungsi Masjid Bererti Meruntuh Masjid


Firman Allah S.W.T dalam ayat 114 Surah Al-Baqarah bermaksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut / mengingati nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Para mufassirun atau ulama-ulama tafsir khilaf (berselisih pendapat) dalam menyatakan sebab nuzulnya atau sebab turunnya ayat 114 surah al-Baqarah di atas. Mengikut riwayat al-Kalbi daripada Ibnu Abbas katanya, ayat ini bersempena dengan serangan Putlos iaitu seorang Maharaja Rom ke atas Masjid Al-Aqsa, lalu masjid itu dirobohkan.

Mengikut satu riwayat yang lain daripada Qatadah, sebab turun ayat ini bersempena dengan serangan Bakhtanuso ke atas masjid tersebut di mana rumah Allah itu dibakar hangus. Mengikut riwayat Ibnu Abbas dalam satu riwayat yang lain, ayat ini bersempena dengan tindakan yang dilakukan oleh orang-orang kafir Makkah yang menghalangi Nabi Muhammad s.a.w. bersembahyang dan mengajar agama di masjid Makkah.
Walaupun ayat ini sebab nuzulnya ada tetapi mengikut kaedah hukum yang berdasarkan kepada Usul Tafsir iaitu pengajaran itu diambil daripada lafaznya yang umum, bukan daripada sebabnya yang khusus.
Yang dimaksudkan dengan mengingati Allah di sini seperti yang dinyatakan oleh as-Syawkani dan beberapa mufassirun (ahli-ahli tafsir), termasuk di dalamnya bersembahyang, membaca al-Quran, berzikir, menghalang orang mengajar dan belajar agama di dalam masjid termasuk di dalam ayat ini.

As-Syawkani mengatakan, "dan dikehendaki menegah masjid bahawa disebut nama Allah padanya, Allah mencegah perkara yang berlaku padanya termasuk sembahyang, membaca al-Quran berzikir dan mengajar. Dikehendaki dengan meruntuhkan masjid itu bukan dengan makna merobohkan bangunannyasahaja, tetapi juga berusaha untuk meruntuhkan tujuan-tujuan masjid itu dibina kerananya, umapamanya mengganggu ketaatan-ketaatan yang dilakukan padanya yang didasarkan masjid ke atasnya, merupakan suatu yang umum."

Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Abu Jahal kepada Nabi Muhammad s.a.w., di mana Abu Jahal menghalang Nabi s.a.w. beribadat di masjid, menghalang baginda ntuk mengajar dan menerangkan hukum agama di dalam masjid.

Oleh kerana itu, menjadi amalan kepada Nabi s.a.w. dan para sahabatnya, tidak melarang orang mengajar agama di dalam masjid. Apabila dilihat seseorang yang diragui mengajar agama di dalam masjid dan bimbang kalau mengajar perkara yang tidak benar, dia perlu dipanggil dan disoal siasat tentang apa yang diajarkannya.

Kalau apa yang diajar itu perkara yang benar, dia tidak boleh dihalang dan dicegah. Barang siapa yang mencegah orang yang mengajar adalah hukuman yang termasuk dalam meruntuhkan masjid dan mencegah manusia daripada mengingati Allah di dalamnya.

Termasuk juga dalam mencegah manusia mengingati Allah dalam masjid ialah mereka yang mengunci masjid kononnya untuk menjaga keselamatan masjid. Jaga keselamatan masjid bukan cara menguncinya. Jaga keselamatan masjid ialah dengan menghidupkan masjid itu dengan zikrullah serta melakukan kerja-kerja kebajikan yang ada hubung kaitnya dengan kegiatan masjid.

Satu kekeliruan apabila Islam hanya di masjid.
Boleh jadi ada orang yang berkata, sekiranya masjid itu tidak dikunci nanti ia akan dimasuki penagih dadah, pencuri dan seumpanya. Sebab berlaku begitu kerana kita merasakan Islam itu hanya di masjid sahaja. Antara sebab lain ialah kerana di luar masjid, Islam tidak dilaksanakan, dengan sebab itu hubungan antara masjid dengan luar masjid tidak dapat diselaraskan.

Mengapa orang yang melakukan kejahatan suka masuk ke dalam masjid untuk melakukan kejahatan? Ini kerana di luar masjid berjalan undang-undang jahat yang tidak berlandaskan kepada hukum Allah SWT, sebab itulah huru-hara boleh berlaku dalam masjid dan di mana-mana sahaja.

Kita mestilah mengetahui bahawa hukum agama Allah ini bukan sahaja dilaksanakan dalam masjid, tetapi juga di luar masjid. Yang menjadi kacau-bilau hari ini kerana kita bimbang kalau-kalau masjid diganggu kerana kita tidak melaksanakan Islam di luar masjid.

Apabila Islam tidak dilaksanakan di luar masjid, maka berlakulah perkara yang tidak selaras dalam masalah keselamatan masjid sehingga kita membuat undang-undang sendiri dan undang-undang yang bercanggah dengan Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.

Kita hendaklah memhami bahawa yang dikatakan memakmurkan masjid itu ialah seperti yang disebut oleh Allah SWT di dalam firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya yang memakmurkan masjid itu ialah seseiapa yang beriman dengan Allah dalam erti kata yang sebenarnya ( Surah at-Taubah, ayat 18).

Bukan dalam makna yang tidak sebenar iaitu beriman dengan sebahagian sahaja daripada ajaran Allah dan yang sebahagian lagi tidak beriman. Orang yang beriman sebahagian sahaja daripada ajaran Allah SWT tidak layak untuk memakmurkan masjid dan disebut ayat berikut iaitu mereka yang beriman dengan hari akhirat.

Orang yang memakmurkan masjid ialah orang yang percaaya kepada hari akhirat bukan sebaliknya, dan mereka yang mendirikan solat. Iaitu orang yang mendirikan solat inilah orang yang memakmurkan masjid. Orang itu mestilah mendirikan solat, kalau kerajaan, kerajaan itu hendaklah mendirikan solat juga.

Apa makna kerajaan mendirikan solat? Makna memakmurkan masjid ialah kerajaan yang jemaah menterinya dan ketua-ketua negaranya menunaikan solat lima waktu, bukan solat sunat hari raya dan solat Jumaat sahaja.

Mereka juga hendaklah menjalankan undang-undang yang memerintah supaya orang mengerjakan solat. Kalau dalam negara itu tidak ada undang-undang demikian serta menghukum orang yang tidak solat, maka tidak dinamakan pemerintah yang mendirikan solat. Kerajaan seperti itu tidak layak untuk memakmurkan masjid. 

Dan juga ciri terakhir ialah mengeluarkan zakat. Orang yang memakmurkan masjid ialah orang yang menunaikan zakat. Apa kena mengena memakmurkan masjid dengan menunaikan zakat? Orang yang menunaikan zakat ini ialah orang yang tahu tanggungjawab harta bendanya dengan menunaikan zakat mengikut hukum-hukum agama yang ditetapkan Allah dan Rasulullah s.a.w.

Sumber : Presiden PAS ku sayang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...