Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Isnin, 27 Ogos 2012

Menjawab isu : Nik Aziz terima bantuan Syaitan ?



Imam al-Bukhari meriwayatkan secara ta’liq dalam sahihnya kisah berikut :

Dari Abu Hurairah, dia berkata, Aku ditugaskan Rasulullah saw. untuk menjaga hasil zakat pada bulan Ramadan. Tiba-tiba datanglah seseorang kepadaku, dan mengambil sedikit dari zakat itu. Maka aku menangkapnya seraya berkata, 'Kamu akan ku adukan kepada Rasulullah.' Orang itu berkata, 'Biarkan aku, sesungguhnya aku orang miskin, punya banyak anak.' Maka aku pun melepaskannya.

Pada keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' Aku menjawab, 'Ya Rasulullah, dia mengadukan kemiskinannya dan keluarganya yang banyak, maka aku kasihan dan aku membebaskannya.'


Nabi bersabda, 'Sesungguhnya orang itu berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.' Saya sedar bahwa orang itu akan kembali karena Rasulullah saw. mengatakannya. Maka aku pun mengintipnya. Ternyata dia datang untuk mengambil makanan. Maka aku menangkapnya lagi seraya berkata, 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah saw.' Dia berkata, 'Lepaskanlah aku, sesungguhnya aku sangat susah dan punya keluarga yang banyak, saya tidak akan kembali.' Maka aku pun merasa kasihan dan membebaskannya lagi.

Keesokan harinya, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Hai Abu Hurairah, apa yang telah dilakukan tawananmu kelmarin?'Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia mengadukan kemiskinan dan jumlah keluarganya yang banyak, maka aku pun jatuh kasihan dan membebaskannya lagi.'Nabi bersabda, 'Sesungguhnya dia berdusta kepadamu, dan dia akan kembali.'

Maka pada yang ketiga kalinya aku mengintipnya. Dia datang mengambil makanan. Segera aku menangkapnya seraya berkata: 'Sungguh aku akan mengadukan mu kepada Rasulullah Ini adalah yang ketiga kalinya. Kamu mengatakan bahwa kamu tidak akan kembali, namun nyatanya kembali lagi.' Dia berkata, 'Biarkan aku mengajarimu beberapa kalimat yang dengannya kamu akan beroleh manfaat dari Allah.'

Saya bertanya: 'Kalimat apakah itu?' Dia berkata: 'Apabila kamu hendak tidur, maka bacalah ayat kursi. 'Maka Allah akan  melindungmu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi.'Maka akupun membebaskannya. Keesokan hari, Rasulullah saw. bertanya kepadaku, 'Apa yang telah dilakukan oleh tawanan mu kelmarin?' 

Saya menjawab, 'Wahai Rasulullah, dia telah mengajar kepadaku beberapa kalimat yang dengannya Allah akan memberiku manfaat, maka aku pun melepaskannya.' Beliau bertanya, 'Kalimat apakah itu?' Saya menjawab, 'Dia berkata kepadaku, 'Apabila kamu akan tidur, maka bacalah ayat kursi.' Dia berkata kepadaku, 'Allah akan senantiasa melindungimu dan syaitan tidak akan mendekati mu hingga pagi.

'Maka Nabi saw. bersabda, 'Dia telah berkata benar kepadamu, walaupun sebenarnya dia adalah pendusta. Hai Abu Hurairah, tahukah dengan siapa kamu berbicara selama tiga malam itu?' Saya menjawab tidak. Nabi bersabda, 'Dia adalah syaitan.'"

Pengajaran :

Apa yang dikatakan oleh Syaitan dalam kisah di atas adalah cara untuk mengalahkan Syaitan. Jadi, tiada bezanya jika dikiaskan Tok Guru jikalau ada syaitan yang nak bantu, yer lah kan kalahkan 'syaitan BN atau Iblis UMNO'..

Renung dengan hati yang celik bahawa lafaz itu digunakan penuh simbolik betapa darurat dan mudarat pemerintahan UMNO/BN sudah sampai ke kemuncaknya, maslahah ummat kena jaga dan mafsadatnya kena singkir segera .. Apa saja yang luar biasa akan berlaku hihihi .. buka minda luaskan pemikiran .. InsyaAllaah jawaban akan ditemui

Khamis, 23 Ogos 2012

Menjawab kekeliruan dan perbezaan Hudud PAS di Terengganu dan Kelantan

klik sini untuk lihat sepenuhnya
Hudud PAS Adalah Hudud Allah SWT

Sebagai cara melepaskan diri kerrana menolak hudud, UMNO sedang cuba untuk mewarnakan Enakmen Syariah yang diluluskan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu sebagai "Hudud PAS".


Mereka juga berkata "Hudud PAS" bukan "Hudud Allah". Malangnya, dakwaan ini hanya penipuan semata-mata. Antara hujjah2 mereka adalah:


1.0 UMNO KATA: Bilangan fasal di dalam Enakmen Terengganu dan Kelantan adalah berlainan. Bagaimana hukum hudud boleh berbeza-beza bilangan

JAWAPAN:Kalau kita ikut kata2 UMNO ini, maka secara otomatik kesemua madzhab2 dalam Islam juga tidak mengikut Islam.

Ini kerana berlaku perbezaan jumlah kesalahan hudud di antara mazhab2. Misalnya, Madzhab Hanafi tidak mengiktiraf liwat sebagai kesalahan hudud tapi Madzhab Syafiee pula meletakkan liwat di bawah Hudud.

2.0 UMNO KATA: Enakmen Terengganu menjadikan BUGHAH sebagai kesalahan hudud, namun Enakmen Kelantan tidak menjadikan BUGHAH sebagai kesalahan. Jelas PAS mengambil dan menolak hukum ikut nafsu.

JAWAPAN: BUGHAH adalah dikhilafkan di kalangan para ulama2 ISlam Ada ulama kata BUGHAH diletak di bawah Hudud. Ada yang kata diletak di bawah Takzeer. Hanya orang jahil murkkab yang tidak tahu perkara ini.

3.0 UMNO KATA: Orang Bukan Islam tidak boleh dikecualikan dari hukum Hudud. Maka, "HUDUD PAS" itu tidak sah dari segi perundangan Islam

JAWAPAN: PEndapat ini datang dari Imam Malik, guru kepada Imam Syafiee. Kalau kita ikut cakap UMNO ini, maka wajiblah kita kata guru pada Imam Syafiee tidak ikut hukum Allah SWT.

4.0 UMNO KATA: "Hudud PAS" letak had umur minima 18 tahun. Padahal, sepatutnya had umur adalah pada akil baligh.

JAWAPAN: Pendapat had umur untuk seorang yang mukallaf pada 18 tahun adalah pendapat Madzhab Hanafi. Ia adalah pendapat yang paling ringan dan pendapat ini diambil oleh Enakmen Syariah Terengganu. PAS mengambil pendapat Imam Hanafi kerana mahu membuang segala keraguan.
5.0 UMNO KATA: Seperti yang Zul Nordin sebut dalam Parlimen, Enakmen Hudud PAS tidak meletakkan "meliwat isteri" sebagai kesalahan hudud. Zul Nordin pula menuduh PAS menghalalkan amalan meliwat isteri

JAWAPAN: Saya cuma menukil dari artikel Setiausaha Dewan Ulama PAS:
Menurut al-Imam al-Syarbini iaitu seorang tokoh Mazhab Syafie:

“Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat mazhab ialah wajib ditakzir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan takzir.” (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.)

Kes ini menampakkan betapa Zul Nordin dan konco-konconya dalam UMporno yang teramat jahil dalam hukum Islam. Dengan Zul Nordin mengutuk isu ini, sekali gus dia mengutuk salah seorang ulama Madzhab Syafie yang terbesar. Sapa Zul Nordin kalau kita bandingkan dengan Imam Syarbini?

Hudud UMNO adalah mengikut apa Mahathir kata, apa zul Nordin kata dan apa blogger-blogger UMNO kata. Setakat ulama-ulama muktabar, tak menjadi rujukan bagi puak-puak UMNO ini.

KESIMPULAN

Segala isu yang dinaikkan oleh UMNO dan Zul Nordin adalah contoh kejahilan kronik mereka dalam hukum agama. Namun, demi kepentingan politik, mereka sanggup menyebarkan kejahilan mereka untuk memfitnah dan mengaibkan PAS.

Yang lebih menyedihkan adalah UMNO sendiri secara terang-terangan MENOLAK PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD. Apa hak UMNO mempersoalkan Enakmen Hudud yang PAS luluskan di dua negeri kalau mereka sendiri menjadi musuh kepada hukum Allah SWT?

Inilah contoh tauladan kumpulan orang Melayu yang mengaku Islam tapi menolak hukum Allah. Kalau DAP menolak hukum Allah, kita faham sebab dia bukan Islam. Namun, UMNO ke hulu ke hilir mengaku orang Islam tapi dengan terbuka menolak hukum Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Jijik dan hina manusia yang mengaku sebagai pendokong UMNO. Mereka sanggup menolak perlaksanaan hukum Allah demi rakan-rakan kafir mereka dalam Barisan Nasional.

Patutlah ulama-ulama pondok tahun 50-an dan 60-an mengeluarkan fatwa KAFIR pada UMNO kerana kerjasama mereka dengan MCA dan MIC. Kerjasama UMNO ini sering dijadikan alasan untuk menolak perlaksanaan hukum Allah.

Tulang Besi

Copy paste dari fb Harun Jaafar

P/s - minta ampun dan halal dari Sayuti Tamimi, Tulang Besi dan Harun Jaafar keraa sempena raya saya copy paste tak minta izin , mencuri yang halal harapnya .. hehe

Rabu, 22 Ogos 2012

Sindiran Manis Tuan Ibrahim Tuan Man Buat UMNO dan penyokongnya


Siapa lebih sayang pada negara?

A. orang yang sekadar membeli bendera dan kibar sahaja.

B. Orang yang mengutip sampah dan tidak membuang sampah merata-rata kerana takut orang berkata negara kotor...

atau

C. mereka yang hanya mengibar bendera tapi sanggup membuang sampah merata-rata dan melakukan perkara seperti memelihara kemungkaran sehingga orang memandang serong pada negara...

Siapa yang dilihat sayang pada Islam?

A. Orang yang sekadar servis mulut untuk mendaulatkan agama.

B. Orang beriman yang melakukan pelbagai amal dan menghindari rasuah dan melawan segala kemungkaran terutamanya kemungkaran umat sendiri kerana takut orang memandang serong pada umat Islam dan agama Allah...

atau

C. Mereka yang merasuah dan mengumpul kekayaan berlebihan tapi mulut melaungkan memperjuangkan Islam tanpa sebarang tindakan.

Sekadar renungan bersama malam ini.
Senyum.

Sumber : Tuan Ibrahim Tuan Man (Official)

Selasa, 21 Ogos 2012

MCA Kedah Sokong Hudud



ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam.

"Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam.

Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud.

"Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR. Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya.

Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap.

"MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat. 

"Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya.

Sinar Harian

Jumaat, 10 Ogos 2012

PANASZZZ ANTARA FAKTA DAN AUTA : Rais Bukan Perogol Tapi Dirogol ?!

Kalau bercakap pasal Rais Yatim menjadi pemangsa pastinya itu cerita fitnah dan anda mungkin boleh dipenjarakan selama 3 bulan penjara kerana memfitnah seorang insan yang suci . Namun apakah ada kemungkin Rais dirogol si amah ? Hanya polis yang tahu sila siasat dengan jujur kerana 'UM merasakan si Rais mungkin jadi mangsa rogol sebenarnya .. Hak Rais sebagai mangsa perlu ditegakkan jika ini adalah benar .. 'UM serahkan pada Menteri Dalam Negeri

Tetapi apakah ada seseorang yang bernama Rais menjadi mangsa rogol di dunia ini ? Sebenarnya 'UM ada bukti mengenai sesorang yang bernama Rais di rogol malah siap dengan gambar-gambarnya sekali .. apakah penjenisan bukti tersebut ?? sabar la bro ... asal kes rogol je bersungguh ...

Apapun sebelum itu, jom kita ikuti fakta-fakta ini dahulu ...

Kes rogol meningkat dari tahun ke tahun dengan tahun 2009 mencatat rekod tertinggi iaitu 3,626 kes untuk tahun tersebut.


Dalam jawapan kepada soalan YB Padang Terap ; Nasir Zakaria - PAS, Menteri Dalam Negeri (YB Hicomuttin - UMNO) memaklumkan, statik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011 adalah 24,635 kes.

Pada 2003, jenayah rogol mencatat 1,479 kes, 2004 (1,765),  2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2,098), 2008 (3,409), 2009 (3,626), 2010 (3,595) dan 2011 (3,301).

"Sedih saudara.. Inilah statistik jenayah rogol 2003 hingga 2011 di Malaysia," kata Mohd Nasir ketika mengulas jawapan menteri ini kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, umat Islam perlukan undang-undang Islam yang objektifnya bukan sekadar menghukum dan mendenda penjenayah, tetapi mendidik, mengajar, mencegah, menghukum dan mengamankan dunia.

Namun, Timbalan Menteri KDN Datuk Wira Abu Seman ketika menjawab soalan beliau tentang memperkasakan Undang-undang Jenayah Islam menjawab "Kita akan kekal dengan sistem yang ada. Beliau menyambung kehendak Tun Mahathir."

Amat mengerikan bila kes rogol ni semakin berleluasa. Keselamatan gadis-gadis semakin tidak terjamin. Sekian fakta menarik kerajaan pemerintahan BN dan kesungguhan pembangkang cuma memperkasakan Undang-undang Jenayah Islam yang tiada diambil peduli oleh BN terutamanya UMNO yang mengaku memperjuangkan Islam walaupun menganjurkan pelbagai majlis maksiat dengan perbezaan yang amat banyak berbanding majlis keagamaan.

Itu bagi wanita.. Bagaimana pula dengan lelaki??Anda tak percaya ?? Hihi 'UM cuba datangkan hujah-hujahnya atau buktinya...

Anda lihat .... gambar di bawah ini membuktikan si Rais di cabul .... gambar perkosa terpaksa 'UM sembunyikan dulu memandangkan UMNOPORNO pantang dengan mende-mende camni ...

Ceritanya ....

Si Rais sememangnya hensem .. Mana mungkin si gadis yang berkerja di rumahnya membiarkannya ,








RAIS mana satu ni .. 'UM pun tak tau daaa yang pasti AUTA-lah jika gambar-gambar di atas adalah si Rais Yatim !! Wa tau la wa yang tulis !

Penulisan ini di buat bagi mengenang seorang sahabat blogger seperjuangan  yang bakal menjalani hukuman penjara 3 bulan kerana menulis pasal Rais Yatim jadi perogol sedangkan sebenar mungkin Rais Yatim macam aku katakan ... mungkin ia mangsa rogol ... serahkan PDRM untuk tegakkan hak Rais Yatim yang mungkin jadi mangsa hihihi...

Woiiii AUTA mengaku tak salah wooo ... TDM punya konspirasi, dia dah mengaku selepas bertahun pun takde tindakan pun ! hahaha 

Rabu, 1 Ogos 2012

Laman sesawang NFC digodam

Sumber maklumat diambil daripada MU yang mengambilnya daripada MiLo SuaM.

Rujuk: http://nfc.com.my/

WELL.PLANNED.CORRUPTION "Rafizi Ramli Adalah Wira Rakyat! Orang sepatutnya yang kamu tangkap ialah Shahrizat anak beranak. Amaran dari Kami! jangan memperbodohkan rakyat ! Seluruh Rakyat Malaysia akan tentang UMNO BN habis-habisan!" - Hacker SGP Cyber Army

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...