Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Khamis, 9 Jun 2011

BUNTU : Jawaban Isu Pertandingan Badan Cantik Kelate 2011




KOTA BHARU 9 Jun - Tindakan Pas Kelantan menganjurkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan 2011 mencetuskan persoalan mengenai dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri selama ini.

Pas Kelantan yang mendakwa berada di bawah kepimpinan ulama, sebelum ini telah mengharamkan penyertaan wanita dalam pertandingan tilawah al-Quran dengan alasan suara mereka adalah aurat.

Sebaliknya, Pertandingan Badan Cantik itu yang diadakan bersempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011, jelas menunjukkan puluhan lelaki perkasa mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka.

Malah, pemakaian kain tambahan pada pinggang setiap peserta masih gagal menutup sepenuhnya aurat mereka.

Walaupun pertandingan itu diadakan dalam dewan tertutup iaitu Dewan Jubli Perak dengan setiap pintu masuk dijaga oleh individu berbaju merah tua, ia tetap 'menarik' beberapa penonton wanita yang mengintai-ngintai dari luar dewan.
Lebih menarik, terdapat kain rentang di belakang pentas yang memaparkan wajah dua pemimpin Pas Kelantan iaitu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood.

Kelibat peserta yang 'menayang' badan mereka di bahagian luar belakang dewan, turut mencetuskan persoalan mengenai peraturan berpakaian menutup aurat di khalayak yang dilaksanakan oleh kerajaan Pas selama ini.

Selain pertandingan badan cantik itu, beberapa acara lain yang diadakan bersempena sambutan tersebut ialah karnival sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), pertandingan gusti lengan, perarakan berkuda, bola sepak, perarakan bermotor 'Yang Berhormat Exco Belia Kita' dan anugerah Tokoh Anak Muda Kelate 2011.

Sambutan selama dua hari dengan tema 'Anak Muda Kelate Bermaruah' dan 'Memperkasakan Kerajaan Islam Kelantan' itu, turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa komputer riba sebagai tarikan kepada pengunjung.

Sumber :: Utusan Malaysia (Meloya)

:: Ulasan Ustazthrash Mujahid ::

 Segala perkara nak dipolitikkan, no hal ... mereka yang jahil dan kaki maksiat (malah berangan-angan untuk menjadi juara dalam isu nahyu munkar) ini menjual -mencetuskan persoalan-, maka kita membeli. Inilah jawaban ku sebagai golongan yang bangga dengan sloga Membangun Bersama Islam (bukannya membangun tanpa Islam macam UMNO/BN) dan Kepimpinan Ulamak (bukannya macam UMNO/BN yang suka menghina ulamak dan mengenepikan ulamak);

1. Utusan mengaku bahawa dilakukan di dalam dewan tertutup (tiada wanita di dalam dewan). Malah dikawal oleh beberapa anggota keselamatan. Wanita yang ada cuma berada diluar. Jelaslah wanita yang mengendap (tajassus) tu suka cari dosa macam Utusan Meloya. Sedang dalam Quran ada termakub :

Firman Allah:
 

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan

kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;

dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.

[al-Hujurat 49:12]

Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata dalam kitab Raudhah Al-‘Uqala (hal.131), "Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan sentiasa sibuk memikirkan kejelekan dirinya sendiri".

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam

Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran,

hendaklah dia mengubahnya (mencegah dan menghentikannya) dengan tangannya.

Jika dia tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya.

Jika dia masih tidak mampu (maka ubahlah) dengan hatinya (dengan membencinya),

yang sedemikian adalah selemah-lemah iman. [ ]
Jika diperhatikan secara cermat hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyebut: Sesiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran…”. Rasulullah tidak bersabda, umpama: “Carilah kemungkaran…” atau “Jika kalian anggap kemungkaran sedang berlaku…”. Maka hadis Shahih Muslim di atas menjadi bukti bahawa kemungkaran yang hendaklah dilarang atau diubah adalah sesuatu yang berlaku dalam suasana terbuka sehingga kita dapat mengetahui tentangnya secara pasti.

Nasihat aku untuk wanita-wanita yang mengendap tu, bacalah hadis ini ..
Sahl ibnu Sa'ad meriwayatkan, "Seorang lelaki mengintai melalui sebuah lubang yang menembusi rumah Rasulullah ketika baginda sedang menggaru kepalanya menggunakan sikat besi kepunyaannya. Beliau(Sallallahu Alaihi wa Sallam) berkata, " seandainya aku sedar kamu sedang mengintai melalui lubang itu, akan aku cucuk matamu dengan sikat ini.  Sesungguhnya, arahan untuk meminta kebenaran bagi memasuki rumah yang berpenghuni telah dikaitkan dengan kisah ini (iaitu seseorang tidak sepatutnya melihat keadaan orang lain tanpa kebenaran)." [Riwayat Bukhari] 

Sudah terang lagi bersuluh Islam melarang keras perbuatan mengintai.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              
2. Utusan mengaku adanya penetapan pakaian tambahan. Namun utusan meloya ni memang masih Jahil mengenai hukum aurat. Apakah pakaian itu termasuk dalam kemungkaran yang wajib dicegah dan boleh dipermainkan sesuka hati?? 

Silalah baca kitab fiqh yang muktabar yang membicarakan mengenai khilaf aurat lelaki. Aku tak kisah korang nak jadi juara agama dalam isu ini pun lepas ni. Usah mahu jadi juara dalam isu agama jika jahil dan ingatlah hanya mungkar yang tiada khilaf yang wajib dicegah : Sila mengaji betul-betul yer..

Perbandingan untuk UMNO/BN yang cuba menjadi juara agama.

Pertandingan bina badan anjuran kerajaan UMNO/BN siap masuk TV
Etika berpakaian tiada perubahan. Konsep kaedah fiqh "Laa Yudriiku Kulluhu Laa Yutrikuu Kulluhu" (Tidak mampu mencapai semua jangan tinggalkan kesemua) tiada di amalkan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...